Login
Menu Utama
Aktiviti Akan Datang
No Events
Takwim
Last MonthNov 2008Next Month
Su Mo Tu We Th Fr Sa
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
Today
Pautan Web Terkini
Mutiara Kata
Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya
Saidina Ali Abi Talib
Pemuda UMNO WP-Forum
±¾Õ¾Ê×Ò³ ÎÊÌâÖÐÐÄ ÁªÂçÎÒÃÇ
Berita Pemuda Terkini
pemberita on 2008/2/18 13:51:18 (608)

Jentera Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan siap sedia untuk menggempur seluruh pelusuk Wilayah Persekutuan bagi memastikan semua calon-calon BN menang sekali gus menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai Sifar Pembangkang dalam pilihan raya kali ini.Keazaman bersemangat itu diluahkan oleh Pengerusi Pemuda BN Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria ketika berucap di Majlis Pelancaran Pemuda BN Wilayah Persekutuan sambil disambut dengan jeritan 'Sedia Gempur' oleh lebih 1000 orang jentera pemuda dari parti-parti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP Dewan Pusat Komuniti Taman Ibu Kota, malam Sabtu 16 Februari.Pelancaran jentera tersebut dilaksanakan oleh Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok mewakili Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

pemberita on 2008/2/18 13:47:36 (365)

Parti pembangkang di Wilayah Persekutuan (WP) akan berdepan laluan sukar dalam menghadapi pilihan raya ke 12 bila jentera Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri itu sedia memberi tentang hebat bagi mempertahankan sembilan kerusi serta mahu merampas semula empat kerusi Parlimen sekali gus mensasarkan pembangkang sifar.Berucap di depan lebih 1000 jentera gerak gempur Pemuda BN WP, Pengerusinya Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria menegaskan parti pembangkang tidak boleh dibiarkan terus memperkotak-katikkan rakyat negara ini dengan janji kosong dan fitnah."Kita tidak boleh biarkan negara yang telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun ini terus dihantui oleh parti-parti pembangkang yang hanya tahu membangkang dan tidak menyumbangkan apa-apa faedah pada pembangunan mahupun ekonomi negara," tambahnya yang disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakkan 'Sedia Gempur'.

pemberita on 2008/2/12 11:24:12 (343)

Generasi muda terutama jentera pemuda Barisan Nasional (BN) harus menerima hakikat bahawa lanskap politik negara sudah berubah dan mereka perlu memenuhi minda dengan ilmu pengetahuan untuk menepis pelbagai persoalan serta isu semasa dari golongan yang sentiasa dekat dengan berbagai media terutama media alternatif seperti internet.Jentera pemuda BN juga perlu memantapkan struktur gempur mereka untuk berdepan dengan generasi yang tidak mahu mendengar cakap-cakap retorik tetapi penuh dengan pelbagai persoalan yang kadangkala menekan jiwa.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria berkata demikian kepada wartawan selepas melancarkan Gerak Kerja Jentera Pilihan Raya Pemuda Barisan Nasional P137 Parlimen Bukit Katil, dekat Bilik Gerakan BN Bukit Katil, Melaka malam Sabtu 8 Februari.

pemberita on 2008/1/30 10:01:57 (350)

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan akan mewujudkan Jabatan Media disamping tiga lagi jabatan tradisi bagi menambah keberkesanan mendekati pengundi muda dalam jentera kempen pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.Jabatan Media itu akan berperanan menyalurkan maklumat serta bertindak mematahkan setiap isu melalui media alternatif dan media arus perdana manakala tiga jabatan tradisi adalah Jabatan Logistik, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Gerak Gempur.Perkara tersebut diberitahu Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria pada Web PemudaWilayah selepas mempengerusikan mesyuarat khas Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan yang dihadiri oleh semua ketua-ketua Pergerakan Pemuda MCA, MIC, Gerakan dan PPP di pejabatnya Putrajaya,petang Selasa.

pemberita on 2008/1/26 0:54:51 (542)

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohamad Norza Haji Zakaria meminta semua pihak dalam Pemuda Wilayah (PW) supaya akur dengan keputusan pucuk pimpinan UMNO Wilayah Persekutuan serta Perdana Menteri dalam menentukan calon-calon yang bakal bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan.Menurutnya, isu calon dibangkitkan oleh beberapa orang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dalam Mesyuarat Khas PW tetapi telah diberi penjelasan agar menerima keputusan pucuk pimpinan UMNO negeri.Beliau menyuatakan demikian selepas mengadakan Mesyuarat Khas khusus bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya dengan semua ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dalam Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, tingkat 38 Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lewat petang Selasa 22 Januari.

pemberita on 2008/1/14 5:23:50 (432)

Orang Melayu di negara ini diingatkan bahawa hak keistimewaan mereka yang dikecapi sekarang sudah mula digugat dan dituntut kesamarataan oleh pihak-pihak tertentu dalam komponen Barisan Nasional.Perkara tersebut perlu difikirkan oleh generasi muda Melayu hari ini tentang pelbagai tuntutan yang lantang dan biadab melakukan berbagai cara untuk mendesak kerajaan menunaikan tuntutan mereka.Peringatan tersebut disuarakan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Azimi Daim ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Gerak Gempur Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju di Dewan Komuniti Gombak, tengahari Sabtu 12 Januari.Azimi menegaskan bahawa orang Melayu sekarang sudah dianggap berpecah belah sehingga terdapat orang Melayu sendiri menjadi pengkhianat bangsa menyebelahi dan menyokong pihak-pihak tertentu yang membuat pelbagai tuntutan tersebut.

pemberita on 2008/1/9 12:22:50 (404)

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran terhadap ALLAH SWT, pada hari ini kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan bagi tahun baru 2008 yang sudah kunjung tiba.Sudah pasti kita perlu melangkah dengan penuh keyakinan dan kita perlu percaya bahawa kehadiran kita adalah dengan satu matlamat penting buat bangsa kita khasnya dan negara kita umumnya.Melangkah kita pada tahun baru seharusnya memberi kesedaran kepada kita bukan sahaja mengenai matlamat yang telah dicapai tetapi juga cita-cita yang masih belum terlaksana. Kita seharusnya mengungkai setiap sudut mengenai pencapaian, baik diri kita, keluarga kita serta masyarakat yang kita wakili. Adakah kita sudah berjaya membawa diri kita, keluarga kita,masyarakat dan bangsa kita setapak ke hadapan menuju kejayaan dan memenuhi erti kemodenan khususnya dalam menuju negara maju 2020?

pemberita on 2008/1/6 18:31:53 (296)

Cabaran yang dilontarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya parti pembangkang tidak bertanding mencetuskan pandangan yang berbagai-bagai. Cabaran itu tercetus kerana pembangkang menganggap sistem pilihan raya di negara ini tidak telus dan adil.Sebelum ini ada pemimpin pembangkang mengugut memulaukan pilihan raya. Tetapi selepas Abdul Rashid mencabar, belum ada pembangkang yang menyahut dan mengakui akan memulaukan pilihan raya.Asas demokrasi terbentuk apabila ada dua pihak atau lebih bertanding dalam pilihan raya. Tetapi sekiranya pembangkang memulaukan pilihan raya, demokrasi yang dituntut itu tidak akan wujud.

pemberita on 2008/1/14 21:49:31 (403)

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju berjaya menganjurkan Kejohanan Bolaepak 9 Sebelah bagi merebut Piala Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju pada Sabtu, 29 Disember 2007.Kejohanan itu berlangsung di Padang Sekolah Menengah Teknik Setapak sejak awal pagi berlarutan hingga petang apabila 31 pasukan dari 31 Pemuda UMNO Cawangan mengesahkan penyertaan masing-masing.Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju Mohd Taupik Haji Hussain memberitahu kejohanan tersebut adalah satu usaha merapatkan hubungan silaturrahim dan permuafakatan...

pemberita on 2008/1/14 21:55:38 (403)

Orang Melayu diseru memantapkan hubungan serta perpaduan agar tidak terus dihimpit dengan pelbagai tuntutan melampau oleh pihak-pihak yang mempunyai fahaman politik sempit perkauman menjelang pilihan raya.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria menegaskan bahawa orang Melayu perlu mempertingkatkan serta merapatkan saf perjuangan seterusnya menyedari bahawa berbagai tuntutan oleh pihak tertentu jelas akan menghimpit dan meminggirkan kedudukan orang Melayu.

pemberita on 2007/12/13 0:57:28 (494)

Pasukan Bolasepak Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PW) berjaya meneruskan perjuangannya hingga ke peringkat suku akhir sahaja bila kecundang ditangan pasukan Perlis (1-0) dalam perlawanan bola sepak antara Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Negeri di padang Universiti Sains Malaysia, Sabtu 1 Disember lalu.Pada awal perlawanan, Pemuda Wilayah yang ketuanya Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria yang turun bergaya bersama anak buahnya menentang pasukan Pemuda Selangor yang berada dalam Kumpulan A bersama pasukan Pemuda Pulau Pinang.

pemberita on 2007/12/13 1:20:32 (483)

Pasukan Boria Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pimpinan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputih Kamal Azman Damiri merupakan satu dari 12 pasukan boria yang turut menyerikan Festival Boria Pemuda UMNO 2007 anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, 1 Disember lepas di Padang Kota Pulau Pinang.Walaupun tidak berjaya meneruskan ke peringkat akhir, Boria Pemuda Wilayah telah membuat persembahan yang baik dan mempersonakan.Azman yang ditemui memberitahu pasukan Boria Pemuda Wilayah telah berlatih dengan tekun dibawah jurulatih bertauliah Siti suhaila Taman,26.

pemberita on 2007/12/18 0:11:01 (458)

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras akan menjadikan majlis berkhatan beramai-ramai sebagai acara tahunan bermula tahun ini bagi merapatkan hubungan dua hala dengan masyarakat setempat.Ketuanya, Syed Mehdhar Syed Abdullah berkata demikian ketika berucap di Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras di Surau Nur Abbas Al Habshee, Jalan Peel, Ahad, 2 Disember lepas.Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali Al Habshee.Majlis tersebut diadakan sempena cuti sekolah telah melibatkan 33 orang anak-anak sekitar Parlimen Cheras.

pemberita on 2007/11/29 2:32:57 (436)

Penganjuran majlis berkhatan beramai-ramai sudah menjadi rutin dalam dalam Kalendar Pemuda UMNO Putrajaya bila tiba musim cuti sekolah yang tujuan utamanya merapatkan silatulrahim Pemuda UMNO dengan masyarakat tempatan.Kali ini giliran 34 kanak-kanak lelaki berumur antara 11 dan 12 tahun kawasan perumahan di Presint 16 pula.Majlis yang berlangsung pada 24 November itu merupakan program kali ke 3 dianjurkan oleh Pemuda bahagaian dengan kerjasama hospital Putrajaya.Ia dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Datuk Ahmad Zaki Zahid.

pemberita on 2007/11/21 7:08:38 (517)

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mahu usaha bersungguh-sungguh dijalankan untuk membawa keluar anak-anak Melayu dari apa yang disifatkannya sebagai ‘hamba pekerjaan’.Ini ditegaskan oleh Datuk Paduka Norza Zakaria dalam ucapannya membahaskan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda 2007 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa, 6 November.Beliau memberi contoh tentang lebih 200,000 anak Melayu operator pengeluaran kilang bergaji RM600 sebulan.

Jumlah Artikel : 133  Jumlah Pembacaan Artikel : 63220  Jumlah Komen : 3

Selamat Datang ke Forum Pemuda UMNO WP.
Untuk membaca mesej, sila klik mana-mana forum yang disenaraikan di bawah.
Jumlah Topik: 53 | Jumlah Post: 95

Waktu sekarang adalah 2008/11/21 3:58
Kunjungan anda yang terakhir: 2008/11/21 3:58:56

Forum Perbincangan & Bertukar Pendapat
  Forum Topik-topik Posts Post Terkini
Islam Hadhari
Forum mengenai konsep Islam Hadhari
Moderator adminpemuda, onnhafiz
2 3 2006/11/14 22:56:28
razi
Tender
Forum untuk bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman mengenai Tender Kerajaan dan Swasta
Moderator adminpemuda, onnhafiz
10 28 2007/2/15 0:49:07
gingo
Sekolah Kebangsaan
Forum untuk bertukar pendapat tentang Sekolah Kebangsaan di Kuala Lumpur
Moderator adminpemuda, onnhafiz, taiPaN
5 9 2007/12/8 15:42:42
syuhadah
Institusi Pengajian Tinggi
Forum untuk membentangkan isu dan pendapat mengenai IPTA dan Swasta
Moderator adminpemuda, onnhafiz, taiPaN
2 6 2005/6/15 10:10:19
Sham05
Anti-dadah
Forum untuk bertukar pendapat mengenai gejala sosial Dadah dan langkah untuk mengatasinya, serta keberkesanan kempen Anti-Dadah
Moderator adminpemuda, onnhafiz
4 5 2007/1/31 1:20:13
drshawal
Perbincangan Umum
Forum ini bertujuan mengetengahkan pendapat dan perbincangan umum
Moderator adminpemuda, onnhafiz
30 44 2008/9/18 13:25:22
shahrin68

= Post terbaru
= Tiada Post Terbaru
= Forum Persendirian
Carian 
[ Carian Lanjutan ]
Waktu Solat
Waktu Solat
Kuala Lumpur

22 Zulkaedah 1429
Subuh 5:39 AM
Syuruk6:59 AM
Zohor 1:02 PM
Asar 4:23 PM
Maghrib 6:58 PM
Isyak8:11 PM
Senarai Online
8 user(s) are online (4 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 8

more...
Penaja Kami

Diterajui oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan