Login
Menu Utama
Pemuda UMNO WP-Berita Pemuda
±¾Õ¾Ê×Ò³ ÎÊÌâÖÐÐÄ ÁªÂçÎÒÃÇ
     

(1) 2 3 4 ... 27 »
Inilah azam Pemuda BN Wilayah Persekutuan…
Posted by pemberita on 2008/2/18 13:51:18 (493 reads)






Jentera Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan siap sedia untuk menggempur seluruh pelusuk Wilayah Persekutuan bagi memastikan semua calon-calon BN menang sekali gus menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai Sifar Pembangkang dalam pilihan raya kali ini.

Keazaman bersemangat itu diluahkan oleh Pengerusi Pemuda BN Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria ketika berucap di Majlis Pelancaran Pemuda BN Wilayah Persekutuan sambil disambut dengan jeritan 'Sedia Gempur' oleh lebih 1000 orang jentera pemuda dari parti-parti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP Dewan Pusat Komuniti Taman
Ibu Kota, malam Sabtu 16 Februari.

Pelancaran jentera tersebut dilaksanakan oleh Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok mewakili Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.




Norza memberitahu bahawa pergerakan pemuda BN akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan semua kerusi yang dimenangi oleh BN selain merampas kembali yang dikuasai oleh pembangkang.

"Inilah saat yang kami tunggu-tunggu. Semangat kami tinggi dan kami yakin dapat menjadikan WP kawasan sifar pembangkang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran tersebut.

Pada pilihan raya 2004 Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi parlimen (termasuk Putrajaya dan Labuan). BN memenangi semua kecuali empat kerusi yang dimenangi oleh DAP. Empat kerusi itu ialah bagi Bukit Bintang, Kepong, Cheras dan Seputeh.





  0   Article ID : 166
“Sedia Gempur’ bergema…
Posted by pemberita on 2008/2/18 13:47:36 (274 reads)




Parti pembangkang di Wilayah Persekutuan (WP) akan berdepan laluan sukar dalam menghadapi pilihan raya ke 12 bila jentera Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri itu sedia memberi tentang hebat bagi mempertahankan sembilan kerusi serta mahu merampas semula empat kerusi Parlimen sekali gus mensasarkan pembangkang sifar.

Berucap di depan lebih 1000 jentera gerak gempur Pemuda BN WP, Pengerusinya Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria menegaskan parti pembangkang tidak boleh dibiarkan terus memperkotak-katikkan rakyat negara ini dengan janji kosong dan fitnah.

"Kita tidak boleh biarkan negara yang telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun ini terus dihantui oleh parti-parti pembangkang yang hanya tahu membangkang dan tidak menyumbangkan apa-apa faedah pada pembangunan mahupun ekonomi negara," tambahnya yang disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakkan 'Sedia Gempur'.



Datuk Paduka Norza yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO WP berucap demikian di majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda BN WP yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi BN WP Senator Datuk Kamaruddin Ambok di Dewan Pusat Komuniti Taman Ibu Kota, malam Sabtu 16 Februari.

Katanya,"rakyat mesti menilai peranan parti-parti pembangkang yang tidak sehaluan dalam perkongsian antara mereka, perkongsian mereka hanya untuk berdepan dengan pilihan raya saja dan perkongsian mereka adalah tanpa kerelaan".

Beliau menegaskan bahawa pakatan parti-parti dalam komponen parti pemerintahan hari ini adalah berdasar persepakatan sejati sejak zaman datuk nenek lagi iaitu dengan penubuhan parti Perikatan dan kini Barisan Nasional.



"Saya sebagai pucuk pimpinan pemuda BN WP berikrar dengan semangat kehadiran jentera pemuda dari semua parti komponen pada majlis ini bahawa kita akan berusaha untuk memastikan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan pembangkang sifar", luah Datuk Paduka Norza dengan bersemangat sambil mendapat laungan 'Sedia Gempur'.

Katanya, "saya percaya dengan kepimpinan ketua-ketua pemuda parti komponen dan ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian akan menyusun jentera bagi mempertahankan Barisan Nasional habis-habisan."

Beliau juga mengingatkan jentera pemuda bahawa kehidupan mereka sekarang di tengah bandaraya Kuala Lumpur adalah senang namun pejuang-pejuang parti kita dulu tidak sesenang hari ini.



"Walaupun mereka miskin dari segi harta benda tetapi mereka kaya dari segi perjuangan untuk mempertahankan parti kita ini. Keselesaan yang kita kecapi pada hari ini merupakan hutang kita pada pejuang-pejuang terdahulu yang menubuhkan parti Perikatan dan BN, hari ini saya hendak pemuda BN WP bukan sahaja kaya harta benda tetapi saya mahu saudara semua kayakan perjuangan kita untuk anak cucu kita kemudian nanti," tambahnya.

Selaku pemimpin Pergerakan pemuda BN WP, Datuk Paduka Norza menjunjung tinggi dan berterima kasih pada pucuk pimpinan Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique kerana sentiasa memberi sokongan padu pada setiap program anjuran pergerakan tersebut.

Dalam ucapan perasmian, membakar semangat jentera pemuda, Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok mewakili Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique mahu pemuda terus menggempur setiap pelusuk kawasan yang ditandingi BN tanpa mengira calon dan memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya ini.





Turut hadir di majlis tersebut Ketua Pemuda MCA WP Hang Chin Pheng, Ketua Pemuda MIC WP G.Pandithan, Ketua Pemuda Gerakan WP Ma Woei Chyi, Ketua Pemuda PPP WP J.K. Mahendran, semua ketua Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan dan beberapa orang ketua UMNO Bahagian.


  0   Article ID : 165
Jentera Pemuda BN perlu mantap ilmu
Posted by pemberita on 2008/2/12 11:24:12 (243 reads)




Generasi muda terutama jentera pemuda Barisan Nasional (BN) harus menerima hakikat bahawa lanskap politik negara sudah berubah dan mereka perlu memenuhi minda dengan ilmu pengetahuan untuk menepis pelbagai persoalan serta isu semasa dari golongan yang sentiasa dekat dengan berbagai media terutama media alternatif seperti internet.

Jentera pemuda BN juga perlu memantapkan struktur gempur mereka untuk berdepan dengan generasi yang tidak mahu mendengar cakap-cakap retorik tetapi penuh dengan pelbagai persoalan yang kadangkala menekan jiwa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria berkata demikian kepada wartawan selepas melancarkan Gerak Kerja Jentera Pilihan Raya Pemuda Barisan Nasional P137 Parlimen Bukit Katil, dekat Bilik Gerakan BN Bukit Katil, Melaka malam Sabtu 8 Februari.



Menurutnya, barisan pemuda penggempur mesti memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan isu semasa agar dapat menangani persoalan masyarakat dengan lebih efektif.

"Mereka bukan seperti 20 tahun lalu yang hanya menerima kehadiran kita tanpa persoalan, mereka yang sentiasa dekat dengan media alternative seperti internet dan blog mempunyai pelbagai maklumat terkini yang perlu ditepis serta digempur dengan pengisian ilmu," tambahnya.

Beliau juga berharap agar jentera pemuda BN terus mantap untuk membantu mempertahankan parti dalam mengekalkan perkongsian kuasa parti-parti komponen yang dikecapi sejak dulu lagi dan tidak melihat pertemuan seumpama ini sebagai bermusim sebagaimana pembangkang yang mengadakan perkongsian bermusim setiap kali berdepan pilihan raya.



Sebelum itu ketika berucap di depan hampir 1000 orang jentera Pemuda BN Bukit Katil, Datuk Paduka Norza yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengharapkan jentera pemuda BN dapat membantu mengekalkan kemenangan besar di kerusi Parlimen dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil yang sejak sekian lama menjadi kubu kuat BN.

Beliau juga yakin bahawa Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal mempertahankan kecemerlangannya malah bakal menjadi sebuah negeri sifar pembangkang dalam pilihan raya kali ke 12 ini.

Katanya, sejak zaman Parti Perikatan hingga BN lagi kepimpinan negara yang silih berganti telah berjaya mengurus negara dengan baik sehingga berjaya membawa pelbagai pembangunan dan kemajuan disamping menjadi tumpuan para pelabur luar negara.



Dengan kejayaan dan kemajuan yang ada di negeri Melaka, Datuk Paduka Norza berkata, "kebanjiran pelancong hingga semua bilik hotel habis disewa terutama di musim cuti seharusnya menjadi inspirasi dan rasa bangga dengan pencapaian ini, generasi pemuda yang bakal mewarisi kepimpinan di negeri ini juga perlu terus mempertahankan kejayaan tersebut, bukannya sekadar laungan gempur tetapi sedia melaksanakan tanggungjawab bagi mempertahankannya".

Beliau menegaskan tidak guna kita mempunyai pemuda beribu orang tetapi bila tiba semboyan pilihan raya masih ada lagi pemuda yang bertanyakan jumlah wang ringgit yang akan diperolehi sebagai upah bekerja bagi mempertahankan kedaulatan parti sendiri.

"Akan ada pemuda-pemuda yang berpaling tadah, sanggup memboikot parti dan sabotaj parti hingga sanggup membantu parti lawan kerana kurang duit upah untuk membantu parti", jelasnya.



Beliau berkata, "kita mesti bandingkan dengan pemimpin terdahulu yang berjuang dalam parti, mereka tidak sesenang zaman kita hari ini, mereka dulu sanggup mengadai harta benda demi parti, mereka miskin harta benda tetapi kaya dari segi perjuangan".

Tambahnya lagi, "generasi muda hari ini mesti ingat bahawa mereka mempunyai berbagai kekayaan diri, ada kereta besar, ada macam motorsikal , rumah besar dan harta benda tetapi janganlah kita miskin dari segi perjuangan kita pada parti yang kita sayangi ini".

Beliau yakin bahawa Pemuda di Bukit Katil ini adalah pemuda yang bukan saja kaya harta benda tetapi kaya dengan semangat perjuangan yang luhur, suci dan murni untuk mempertahankan keutuhan parti ini ketitisan darah terakhir.



Jentera pemuda juga diingatkan bahawa perkongsian dalam parti BN sejak zaman nenek moyang lagi berbanding dengan perkongsian pembangkang yang hanya muncul ketika hendak berdepan dengan pilihan raya saja.

"Perkongsian dalam BN adalah perkongsian sejati tetapi perkongsian pembangkang adalah perkongsian tanpa kerelaan yang hanya menabur berbagai janji manis, bulan bintang dan matahari."

"Nak jadikan negara ini sebagai negara kebajikan, nak turunkan harga minyak dan nak turunkan macam-macam benda, itulah kata-kata orang yang tidak pernah pegang kuasa dan tidak tahu bagaimana hendak memimpin serta mengurus sebuah negara", kata Datuk Paduka Norza.




Kata Datuk Paduka Norza,"mereka mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tetapi bila menang di Kelantan selama empat penggal tidak pula bising, bila kalah satu dua tempat pilihan raya kecil salahkan SPR dan anggap SPR tidak telus, inilah cakap tak serupa bikin".

Beliau berharap bila bermulanya pembubaran Dewan Rakyat untuk pilihan raya hingga ke hari penamaan calon dan di hari pengundian, jentera pemuda yang sedia gempur inilah yang akan gempur habis-habisan.



Datuk Paduka Norza mengakhiri ucapannya dengan serangkap pantun;

Kalau pergi ke Seri Menanti
Kita pergi tiap-tiap hari
Kalau Bukit Katil sedia menanti
Saya akan ke mari lagi



Di majlis pelancaran itu dihadiri oleh pemimpin pemuda parti-parti komponen BN, pemimpin empat peringkat UMNO Bahagian Bukit Katil dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka Ashakari Abu Noor, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil Karim Yaakob

Sebelum itu, Datuk Paduka Norza yang diiringi beberapa orang ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan telah menunaikan solat Maghrib, membaca surah Yasin dan bertahlil di kediaman Ketua Menteri.

Selepas solat Isyak beliau bersama Datuk Seri Mohd Ali serta jemputan yang terdiri dari anak-anak yatim dan ahli khariah yang hadir makan malam.



Majlis tahlil tersebut di ketuai oleh Pengerusi Rumah Anak Yatim Pegoh, Umbai Melaka Datuk Idris AlHafiz.

  0   Article ID : 164
Jabatan Media akan dekati pengundi baru
Posted by pemberita on 2008/1/30 10:01:57 (264 reads)




Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan akan mewujudkan Jabatan Media disamping tiga lagi jabatan tradisi bagi menambah keberkesanan mendekati pengundi muda dalam jentera kempen pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.

Jabatan Media itu akan berperanan menyalurkan maklumat serta bertindak mematahkan setiap isu melalui media alternatif dan media arus perdana manakala tiga jabatan tradisi adalah Jabatan Logistik, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Gerak Gempur.

Perkara tersebut diberitahu Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria pada Web PemudaWilayah selepas mempengerusikan mesyuarat khas Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan yang dihadiri oleh semua ketua-ketua Pergerakan Pemuda MCA, MIC, Gerakan dan PPP di pejabatnya Putrajaya,
petang Selasa 29 Januari.

Menurutnya, mesyuarat tersebut juga membincangkan secara khusus program Pelancaran Pasukan Gerak Gempur Pemuda BN Wilayah Persekutuan yang akan dilancarkan oleh Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique di Pusat Komuniti Taman Ibukota pada 16 Februari ini.

Norza memberitahu ketua-ketua pemuda parti komponen juga telah melapurkan persiapan mereka dan membangkitkan beberapa isu yang perlu diketengahkan pada pucuk pimpinan parti BN Wilayah Persekutuan.

Kata Norza, "bagi menghadapi pilihan raya kali ini, kita perlu mendapat persepakatan secara bersepadu oleh semua pimpinan Pemuda parti komponen kerana kita akan berdepan dengan pengundi dari orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa yang berada di bandaraya
ini."

Mengulas lanjut tentang Jabatan Media, Norza menjelaskan bahawa golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun adalah 'peminat media internet' atau 'intenet savvy' yang sering mendapat maklumat cepat dan mereka ini perlu diberi perhatian serius serta mencari suatu pendekatan terbaik untuk didekati.

"Kita telah berbincang secara terperinci dalam hal ini, sebagai contoh, kita akan laksanakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan menjawab isu-isu tertentu yang berkait rapat dengan Wilayah Persekutuan melalui internet" tambahnya.

Norza menegaskan bahawa perlu ada infrastruktur yang canggih serta jentera khas khusus bagi dipertanggungjawabkan untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan secara cepat dan efisyen.

Menurutnya, golongan muda ini mesti diberi perhatian dan dibendung peranan mereka dari melimpahkan maklumat kepada pihak-pihak lain melalui bahan yang dicetak dari media internet.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akan membawa dan membentangkan perkara sensitif dan lebih berat yang dibangkitkan oleh pemimpin pemuda parti komponen ke peringkat perhubungan BN Wilayah Persekutuan untuk diperinci serta dipertimbangkan.

Ditanya cara pemuda BN Wilayah Persekutuan mendekati golongan muda, Norza memberitahu jentera pemuda tidak akan membuat sesuatu yang bertindih dengan tugas yang dilaksanakan oleh kumpulan K10 Wanita.

"kita akan melihat perkara lain yang lebih khusus bagi menambahbaikkan lagi pencapaian yang ada sekarang," ujarnya.

  0   Article ID : 163
Calon:Pemuda Wilayah akur apa saja keputusan pucuk pimpinan
Posted by pemberita on 2008/1/26 0:54:51 (432 reads)



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohamad Norza Haji Zakaria meminta semua pihak dalam Pemuda Wilayah (PW) supaya akur dengan keputusan pucuk pimpinan UMNO Wilayah Persekutuan serta Perdana Menteri dalam menentukan calon-calon yang bakal bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, isu calon dibangkitkan oleh beberapa orang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dalam Mesyuarat Khas PW tetapi telah diberi penjelasan agar menerima keputusan pucuk pimpinan UMNO negeri.

Beliau menyuatakan demikian selepas mengadakan Mesyuarat Khas khusus bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya dengan semua ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dalam Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, tingkat 38 Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lewat petang Selasa 22 Januari.


Katanya, "sekarang bukan masanya untuk kita bertelagah atau melobi dan mendesak mana-mana pihak dalam soal calon, apa yang lebih penting ialah kesediaan jentera pemuda untuk memberi sokongan seratus peratus tanpa berbelah bagi untuk menentukan semua calon BN berjaya.



Selain itu, Datuk Paduka Norza memberitahu bahawa mesyuarat telah memutuskan untuk melancarkan Gerak Gempur Pemuda BN peringkat Wilayah Persekutuan yang akan dirasmikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique tidak lama lagi.


Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO meminta semua jentera pemuda bertekad untuk mematahkan setiap dakyah parti pembangkang dengan fakta-fakta yang kukuh berasaskan kejayaan BN mengurus kemajuan negara hingga ketahap hari ini.

Datuk Paduka Norza juga telah mengarahkan semua ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian agar melancarkan program Gerak Gempur peringkat bahagian masing-masing selewat-lewatnya awal bulan depan.

"Saya juga akan memanggil mesyuarat dengan seluruh ketua-ketua pemuda parti komponen BN Wilayah Persekutuan untuk memastikan persiapan dan jentera pilihan raya telah disusun dengan rapi," katanya.



Ditanya tentang tumpuan utama dan tanggungjawab Pemuda Wilayah, beliau menjelaskan mesyuarat khas telah memperincikan perkara yang menjadi tanggungjawab tradisi pemuda iaitu dalam hal-hal keselamatan, gerak gempur dan poster.

“Kita juga membincang dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemuda peringkat bahagian-bahagian, perkara tersebut kita akan bawa ke peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri juga ke peringkat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia".

"Pemuda Wilayah sedia menerima tanggungjawab dan akan memberi kerjasama erat serta sokongan padu pada pucuk pimpinan UMNO negeri bagi menentukan segala strategi untuk memenangkan calon-calon BN dilaksanakan dengan jayanya," ujarnya

  0   Article ID : 162
(1) 2 3 4 ... 27 »
Senarai Online
1 user(s) are online (1 user(s) are browsing Berita Pemuda)

Members: 0
Guests: 1

more...
Penaja Kami

Diterajui oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan